- Back to Home »
- ISLAM »
- Awas! Syi’ah Mencerca Sahabat Nabi
Posted by : omalie
Kamis, 02 Mei 2013
Imam
Abu Ya’qub Yusuf B. Yahya al-Buwaithi (murid Imam asy-Syafi’i) pernah bertanya
kepada Imam asy-Syafi’i:
أصلي خلف الرافضي؟ قال: لا تصل خلف الرافضي،
ولا القدري، ولا المرجئ. قلت: صفهم لنا
“Bolehkah
aku bersolat di belakang orang Syiah Rafidhah (sebagai makmum)?”
Imam
asy-Syafi’i berkata, “Jangan bersolat di belakang orang Syi’ah, orang
Qadariyyah, dan orang-orang Murji’ah.”
Aku
bertanya lagi, sebutkan ciri-ciri mereka kepadaku?
قال:
من قال: الايمان قول، فهو مرجئ، ومن قال: إن أبا بكر وعمر ليسا بإمامين، فهو
رافضي، ومن جعل المشيئة إلى نفسه، فهو قدري
Jawab
imam asy-Syafi’i, “Sesiapa yang mengatakan Iman cukup dengan perkataan maka dia
adalah pengikut murji’ah. Sesiapa yang mengatakan Abu Bakr dan ‘Umar bukan imam
(khalifah), maka dia Syi’ah Rafidhah. Dan sesiapa yang mengatakan perbuatan
hamba bergantung kepada kehendaknya semata-mata maka dia adalah pengikut
qadariyah.” (adz-Dzahabi, Siyar A’lam Al-Nubala 10/31)
Imam
Harmalah B. Yahya (Wafat: 243H) dan Imam ar-Rabi’ B. Sulaiman al-Muradi
rahimahumallah (Wafat: 270H) berkata, “Aku mendengar imam asy-Syafi’i berkata:
لم أر أحدا أشهد بالزور من الرافضة
“Aku
tidak pernah melihat seorang pun yang mana aku benar-benar bersaksi akan
kebohongannya melainkan dari kaum Syi’ah Rafidhah.”.” (Manaaqib asy-Syafi’i,
1/468. Siyar A’lam an-Nubala’, 10/89)
Yunus
B. ‘Abdul A’la rahimahullah (Wafat: 264H) berkata, “Aku mendengar imam
asy-Syafi’i apabila disebut nama Syi’ah rafidhah, beliau pun mencela mereka
sekeras-kerasnya dan mengatakan bahawa mereka adalah seburuk-buruk golongan.”
(al-Baihaqi, Manaaqib asy-Syafi’i, 1/468 – Daar at-Turaats)
Ramai
tidak menyedari hakikat ini kenapa para ulama ahli sunnah wal-jama’ah termasuk
imam asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) sampai mengatakan perkataan yang
begitu keras terhadap golongan Syi’ah rafidhah.
Sebenarnya
jika kita teliti dengan baik-baik, nescaya kita akan lihat betapa buruk, keji,
dan dustanya kaum Syi’ah ini. Mereka adalah seburuk-buruk ahli bid’ah di mana
mereka menjadikan perbuatan laknat ke atas para sahabat Rasulullah sebagai
sebahagian dari bentuk ibadah mereka. Kemudian mereka menjadikan sikap dusta
yang dahsyat atas nama agama Islam dan syi’ar iman!
Sikap Ahli Sunnah Terhadap Para Sahabat
Allah
Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَالسَّابِقُونَ الأوَّلُونَ مِنَ
الْمُهَاجِرِينَ وَالأنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ
اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا
الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
“Orang-orang
yang terdahulu lagi yang paling awal masuk Islam (generasi sahabat) dari
golongan Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan
baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah
menyediakan bagi mereka Syurga yang ada sungai-sungai mengalir. Mereka kekal
abadi di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9:
100)
Dengan
ayat ini ahli sunnah wal-jama’ah menjadikan para sahabat ridhwanullah ‘alaihim
ajma’in sebagai generasi manusia terbaik dan teladan yang diikuti pegangan
agamanya. Daripada para sahabatlah ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi
yang mulia ditafsirkan dan difahami oleh ahli sunnah wal-jama’ah sehingga ke
hari ini. Termasuk janji Allah bagi orang-orang yang mengikuti para sahabat
dengan baik adalah Syurga yang kekal abadi sebagaimana dijelaskan ayat Allah
ini.
Imam
Abu Bakr al-Humaidi rahimahullah (Wafat: 219H) berkata:
والترحم على أصحاب محمد كلهم، فإن الله عز
وجل قال: وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا
وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ. فلم يؤمر إلا بالإستغفارٍ
لهم، فمن يسبهم أو ينقصهم أو أحداً منهم، فليس على السُنَّة
“Termasuk
prinsip ‘aqidah ahli sunnah wal-jama’ah adalah mendoakan rahmat ke atas seluruh
sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kerana sesungguhnya Allah
berfirman:
“Dan orang-orang yang datang
setelah mereka (Muhajirin dan Anshar) mereka berdoa, “Wahai Tuhan kami,
ampunilah kami dan saudara-saudara kami. Dan janganlah Engkau jadikan ada
dengki dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya Engkau Maha Lemah-lembut lagi maha Penyayang.” (Surah al-Hasyr,
59: 10)
Kita
tidaklah diperintahkan melainkan dengan memintakan ampun untuk mereka. Dengan
itu, sesiapa yang mencela dan menghina mereka atau salah seorang daripada
mereka, maka dia sebenarnya tidak berada di atas sunnah…” (al-Humaidi, Ushulus
Sunnah, no. 3. Fawwaz Ahmad Zamarli, ‘Aqaa’id A’immatis Salaf, m/s. 153-154 –
Daar al-Kitab al-‘Arabi, Cet. 1, Beirut)
Seluruh
ahli sunnah wal-jama’ah menegaskan agar para sahabat dihormati dan dicintai.
Ini antaranya disebutkan oleh imam Abu Ja’far ath-Thahawi rahimahullah (Wafat:
321H):
وَنُبْغِضُ مَنْ يُبْغِضُهُمْ، وَبِغَيْرِ
الْخَيْرِ يَذْكُرُهُمْ. وَلَا نَذْكُرُهُمْ إِلَّا بِخَيْرٍ. وَحُبُّهُمْ دِينٌ
وَإِيمَانٌ وَإِحْسَانٌ، وَبُغْضُهُمْ كُفْرٌ وَنِفَاقٌ وَطُغْيَانٌ
“Ahli
Sunnah wal-Jama’ah membenci orang-orang yang membenci para sahabat Nabi dan
orang-orang yang memanggil para sahabat Nabi dengan perkataan yang buruk, dan
kita tidak memanggil para sahabat Nabi melainkan dengan perkataan yang baik.
Mencintai mereka adalah sebahagian dari agama, keimanan, dan ihsan. Manakala
membenci mereka adalah sebahagian dari kekufuran, kemunafikan, dan kezaliman.”
(Ibnu Abil ‘Izz, Syarah al-‘Aqidah ath-Thahawiyah, m/s. 689 – Mu’assasah ar-Risalah)
Ini
bersesuaian sekali dengan peringatan yang disampaikan oleh Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
لاَ تَسُبُّوا أَحَدًا مِنْ أَصْحَابِي
فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَوْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا أَدْرَكَ مُدَّ
أَحَدِهِمْ وَلَا نَصِيفَهُ
“Janganlah
kamu mencela seorang pun dari kalangan sahabatku. Kerana sesungguhnya sekiranya
salah seorang di antara kamu menginfaqkan emas sebesar Gunung Uhud sekalipun
nescaya ia tidak akan dapat menyamai dengan satu mud yang diinfaqkan oleh para
sahabatku, bahkan setengahnya pun tidak akan sama.” (Hadis Riwayat al-Bukhari,
no. 3673. Muslim, Bab: Larangan Mencela Para Sahabat, no. 2541)
Syi’ah Mencela Sahabat Nabi!
Apa
yang ditegaskan oleh al-Qur’an, al-hadis, dan para ulama ahli sunnah wal-jama’ah
begitu jauh berbeda dengan apa yang diimani oleh kaum sesat Syi’ah Rafidhah. Di
sisi Syi’ah, mencela para sahabat Nabi adalah termasuk sebahagian dari
tanda-tanda keimanan.
Ini
semua dapat kita lihat berdasarkan nukilan-nukilan penting dari kitab-kitab
Syi’ah yang dibongkar oleh para ulama ahli sunnah wal-jama’ah sama ada yang
terdahulu atau terkini. Syi’ah tidak pernah berubah bahkan semakin menjadi.
Kata
Salah seorang tokoh Imam Syi’ah yang tidak asing lagi, iaitu Muhammad Baqir
al-Majlisi (Wafat: 1110H). Beliau berkata dalam rangka menjelaskan pegangan
(aqidah) mereka terhadap para sahabat Nabi:
وعقيدتنا في التبرؤ: أننا نتبرأ من الأصنام
الأربعة: أبي بكر وعمر وعثمان ومعاوية، ومن النساء الأربع: عائشة وحفصة وهند وأم
الحكم، ومن جميع أشياعهم وأتباعهم، وأنهم شر خلق الله على وجه الأرض، وأنه لا يتم
الإيمان بالله ورسوله والأئمة إلا بالتبرؤ من أعدائهم
“‘Aqidah
kami dalam soal berlepas diri adalah: Kami berlepas diri dari empat berhala,
iaitu Abu Bakr, ‘Umar, ‘Utsman, dan Mu’awiyah, dan juga dari empat orang
wanita, iaitu ‘Aisyah, Hafshah, Hindun, dan Ummul Hakam, serta seluruh penolong
dan para pengikut mereka. Sesungguhnya mereka adalah makhluk Allah yang paling
buruk di permukaan bumi ini. Dan tidaklah sempurna keimanan kepada Allah,
Rasul, dan para imam melainkan setelah berlepas diri dari musuh-musuh mereka.”
(al-Majlisi, Haqqul Yaqin, m/s. 519. Kitab asal berbahasa Parsi, dicetak dan
diterbitkan di Teheran. Didedahkan oleh Prof. Dr. Ibrahim B. Amir ar-Ruhaili
dan Syaikh Muhammad ‘Abdus Sattar at-Tunisiawi)
Kata
beliau lagi:
إنَّ أبا بكر وعمر كانا كافرين، الذي يحبهما
فهو كافر أيضاً
“Sesungguhnya
Abu Bakar dan ‘Umar adalah kafir, orang-orang yang mencintai mereka berdua juga
adalah kafir.” (al-Majlisi, Haqqul Yaqin, m/s. 522)
Lebih
awal dari itu, Abu Ja’far Muhammad B. Ya’qub al-Kulaini (Wafat: 328H) seorang
tokoh terkenal yang dinobatkan sebagai ulama hadis terpercaya kalangan Syi’ah,
beliau berkata dalam kitabnya, al-Kaafi:
“Sebaik
kewafatan Nabi, seluruh manusia (dari kalangan sahabat Nabi) mereka semua telah
murtad kecuali hanya tiga orang, iaitu Miqdaad B. Aswad, Abu Dzar al-Ghifari,
dan Salman al-Farisi.” (ar-Raudhah minal Kaafi, 8/245. Dinukil dari kitab
Mahdhu al-Ishabah fii Tahrir ‘Aqidah Ahlis Sunnah karya Prof. Dr. Ibrahim B.
Amir ar-Ruhaili, m/s. 42)
Perkara
ini turut disebutkan oleh tokoh terkemuka Syi’ah yang lain iaitu al-Kisyi dalam
kitab beliau, Rijal al-Kisyi m/s. 12-13 sebagaimana dikemukakan oleh Syaikh Dr.
Ihsan Ilahi Zhahir rahimahullah dalam asy-Syi’ah was Sunnah.
Al-Kulaini
juga turut menukil atas nama ‘Ali b. Abu Thalib radhiyallahu ‘anhu secara dusta
dengan mengatakan ‘Ali telah berkata:
“Sesungguhnya
para pemimpin sebelumku (Abu Bakr, ‘Umar, dan ‘Utsman) telah melakukan
perbuatan-perbuatan yang menentang Rasulullah. Mereka sengaja menentang beliau,
membatalkan janji beliau, dan mengubah sunnah beliau.” (ar-Raudhah, m/s. 59 –
Diterbitkan di Teheran. Didedahkan oleh Dr. Ihsan Ilahi Zhahir dalam asy-Syi’ah
was Sunnah)
Al-Mulla
al-Kazhim yang juga tokoh Syi’ah terkenal, beliau membawakan sebuah riwayat
dusta yang disandarkan atas nama Zainul Abidin rahimahullah dan nama Allah
Subhanahu wa Ta’ala. Kata beliau:
من لعن الجبت والطاغوت ويعنون بهما: أبا بكر
وعمر لعنة واحدة كتب الله له سبعين ألف ألف حسنة، ومحا عنه ألف ألف سيئة، ورفع له
سبعون ألف ألف درجة، ومن أمسى يلعنهما لعنة واحدة كتب له مثل ذلك
“Sesiapa
yang melaknat al-Jibt (Abu Bakr) dan Thaghut (‘Umar) satu kali maka Allah akan
berikan kepadanya 70 ribu kebaikan, akan menghapuskan darinya ribuan
kejahatan (dosa), dan akan mengangkat darjatnya sebanyak 70 ribu darjat. Dan
sesiapa yang melaknat mereka berdua satu kali di waktu petang hari, maka Allah
akan berikan kepadanya ganjaran yang sama dengannya.”
Kemudian
beliau juga menyebutkan:
من لعنهما لعنة واحدة في كل غداة لم يكتب
عليه ذنب في ذلك اليوم حتى يمسي، ومن أمسى لعنهما لعنة واحدة لم يكتب عليه ذنب في
ليلة حتى يصبح
“Sesiapa
yang melaknat mereka berdua (Abu Bakr dan ‘Umar) satu kali di waktu pagi maka
dosanya tidak akan dicatat sehingga petang hari. Dan sesiapa yang melaknat
mereka berdua (Abu Bakr dan ‘Umar) satu kali di waktu petang maka dosanya tidak
akan dicatat sehingga keesokan paginya.” (Mulla Kazhim, Ajma’ al-Fadhaih, m/s.
513. Lihat: Ihsan Ilahi Zhahir, asy-Syi’ah wa Ahlul Bait, m/s. 157 – Idarah
Turjuman as-Sunnah. Ibrahim ar-Ruhaili, Mahdhu al-Ishabah fii Tahrir ‘Aqidah
Ahlis Sunnah, m/s. 44 – Daar al-Imam Ahmad)
Syaikh
Prof. Dr. Ibrahim B. Amir ar-Ruhaili hafizahullah mengulas perkara ini dengan
katanya:
وقد بلغ من حقد هؤلاء الرافضة على الصحابة
وشدة حنقهم عليهم أنهم يتقربون إلى الله بلعنهم، بل لهم دعاوى في فضل ذلك ومبالغات
تفوق الوصف
“Kebencian
Syi’ah rafidhah dan kemurkaan mereka terhadap para sahabat sungguh teramat-amat
menjadi. Sampai mereka menjadikannya sebagai sebahagian dari bentuk-bentuk
taqarrub (pendekatan diri) kepada Allah dengan melaknat para sahabat. Malah
mereka memiliki dakwaan yang berlebihan tentang keutamaan perbuatan mereka
tersebut.” (Ibrahim ar-Ruhaili, Mahdhu al-Ishabah fii Tahrir ‘Aqidah Ahlis
Sunnah, m/s. 44 – Daar al-Imam Ahmad)
Inilah
bentuk-bentuk kebencian dan permusuhan Syi’ah terhadap Islam. Mereka menjadikan
perbuatan laknat ke atas para sahabat Nabi yang mulia sebagai zikir harian
mereka. Sampai dalam solat-solat mereka pun para sahabat nabi habis dilaknat
oleh mereka! Manakala isteri-isteri Nabi pula dizikirkan sebagai pelacur. Di
antara kitab-kitab mereka yang menyentuh kehormatan isteri-isteri Nabi adalah
seperti al-Ihtijaj karya ath-Thibrisi, Ikhtiyar Marifat ar-Rijal oleh
ath-Thusi, Bihar al-Anwar oleh Al-Majlisi, dan beberapa lagi selainnya.
Mereka
antaranya mengemukakan isteri-isteri Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
adalah golongan pelacur dan penzina terutamanya ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha.
(al-Ihtijaj karya ath-Thibrisi, m/s. 2 – Terbitan Teheran. Didedahkan oleh
Syaikh Dr. Ihsan Ilahi Zhahir dalam asy-Syi’ah was Sunnah)
Semoga
Allah memberi balasan buruk atas keceluparan dan kekejian mereka.
Kemudian
kita lihat pula pendirian dan ‘aqidah tokoh Syi’ah yang banyak menjadi rujukan
dan pujaan pada zaman ini, iaitu Sayyed Ruhullah Musavi Khomeini atau lebih
dikenali sebagai Khomeini (Wafat: 1989M). Beliau ditokohkan bukan oleh golongan
Syi’ah semata-mata, tetapi juga oleh kebanyakan dari kalangan aktivis
pergerakan Islam yang jahil.
Ramai
yang tidak tahu betapa jelasnya permusuhan Khomeini terhadap para sahabat Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam terutama kepada Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman dan
Mu’awiyah radhiyallahu ‘anhum. Kata Khomeini:
بعد رحلة الرّسول الأكرم صلّى الله
عليه وآله وسلّم لم يسمح المعاندون وبنو أمية لعنهم الله باستقرار
الحكومة الإسلامية بولاية علي بن أبي طالب عليه السلام. لم يسمحوا بتحقق الحكومة
التي كانت مرضية عند الله تعالى وعند الرّسول الأكرم صلّى الله عليه وآله
وسلّم وفي النتيجة بَدَّلوا أساس الحكومة
“Setelah
kewafatan Rasul yang mulia Shallallahu ‘alaihi wa Alihi wa Sallam dari kalangan
penentang (iaitu para sahabat) dan Bani Umayyah, semoga laknat Allah atas
mereka. Mereka tidak membenarkan berdirinya kerajaan Islam di bawah
pemerintahan ‘Ali B. Abi Thalib ‘alaihis Salam. Mereka tidak membenarkan
terlaksananya kerajaan yang diredhai Allah dan Rasul yang mulia Shallallahu
‘alaihi wa Alihi wa Sallam dan natijahnya mereka pun mengubah asas kerajaan
(pemerintahan).” (Khomeini, al-Hukumah al-Islamiyah, m/s. 60)
Beliau
juga turut mencerca sahabat Nabi, Mu’awiyah radhiyallahu ‘anhu sebagai
pemerintah yang zalim:
وهكذا تكون حكومة العدل الإسلامية، فهي ليست
كتلك الحكومات التي تسلب الشعب الأمن، وتجعل النّاس يرتجفون في بيوتهم خوفاً من
مفاجآتها وأعمالها. كما كان الأمر في حكومة معاوية وأمثالها من الحكومات، حيث سلب
النّاس الأمن
“Dan
demikianlah kerajaan Islam yang adil, maka ia tidak sama dengan
kerajaan-kerajaan yang mencabut keamanan rakyat dan menjadikan mereka takut
berada dalam rumah mereka sendiri dari serangan pegawai-pegawai kerajaan seperti
kerajaan Mu’awiyah dan yang seumpamanya dari kerajaan-kerajaan yang
menghilangkan keamanan rakyat.” (Khomeini, al-Hukumah al-Islamiyah, m/s. 60)
Syaikh
Prof. Dr. Ibrahim B. Amir ar-Ruhaili hafizahullah menyentuh tentang sikap kaum
Syi’ah ini dengan katanya:
وللرافضة في الطعن في أصحاب النبي أقوالٌ
كثيرةٌ ومجازفاتٌ عظيمةٌ لا يعرفها إلا من اطلع على كتبهم، وقد ذكرت طائفةٌ منها
في كتاب الانتصار للصحب والآل
“Perkataan
kaum Syi’ah Rafidhah dalam bab mencela para sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
Sallam terlalu banyak dan kedustaan mereka sangat besar. Perkara tersebut tidak
akan diketahui melainkan bagi orang-orang yang membaca kitab-kitab mereka, dan
aku telah sebutkan sedikit dari perkataan mereka dalam kitab al-Intishaar li ash-Shahbi wal
Aal.” (Ibrahim ar-Ruhaili, Mahdhu al-Ishabah fii Tahrir ‘Aqidah
Ahlis Sunnah, m/s. 44 – Daar al-Imam Ahmad)
Apa
yang dilakukan oleh tokoh-tokoh Syi’ah ini antaranya adalah dalam rangka
mengajak manusia membenci sumber utama Islam, iaitu al-Qur’an dan as-Sunnah.
Apabila para sahabat Nabi berjaya mereka doktrinkan sebagai kafir, sesat, dan
munafiq, nescaya lenyaplah apa yang mereka bawa kepada kita hari ini berupa
al-Qur’an dan as-Sunnah.
Sikap
sebenar Syi’ah ini sukar dikesan oleh orang awam yang tidak memiliki maklumat
yang tepat tentang Syi’ah. Ini kerana Syi’ah mengamalkan sikap taqiyah
(berpura-pura). Mereka juga turut terkenal berdusta atas nama Allah,
Rasulullah, dan Ahlul Bait.
Tokoh
mereka al-Kulaini mengatakan, “Taqiyah (kepura-puraan) adalah agamaku dan agama
nenek moyangku. Sesiapa yang tidak betaqiyah, ia tidak memiliki iman.” (al-Kafi
minal Ushul, bab Taqiyah, 2/219. Didedahkan oleh Dr. Ihsan Ilahi Zhahir dalam
asy-Syi’ah was Sunnah)
Demikianlah
apa yang diungkapkan oleh kaum Syi’ah dalam hati-hati dan aqidah mereka yang
sebenar berkaitan sahabat-sahabat Nabi. Sedangkan para sahabat Nabi yang mereka
cela dan cerca itu sebahagian besarnya telah dipuji Allah dalam al-Qur’an,
bahkan disebutkan secara jelas oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
dengan janji Syurga.
Berikut
kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
أبُو بَكْرٍ فِي الْجَنَّةِ، وَعُمَرُ فِي
الْجَنَّةِ، وَعُثْمَانُ فِي الْجَنَّةِ، وَعَلِيٌّ فِي الْجَنَّةِ، وَطَلْحَةُ في
الْجَنَّةِ، وَالزُّبَيْرُ في الْجَنَّةِ، وعَبْدُ الرَّحْمَانِ بْنُ عَوْفٍ في
الْجَنَةِ، وَسَعْدُ بْنُ أبي وَقَّاصٍ فِي الْجَنَّةِ، وَسَعِيدُ بْنُ زَيْدٍ
بْنِ عَمْرٍ فِي الْجَنَّةِ، وأبو عُبَيْدَةَ بْنُ الْجَرَّاحِ فِيَ الْجَنَّةِ
“Abu
Bakar dalam Syurga, ‘Umar dalam Syurga, ‘Utsman dalam Syurga, ‘Ali dalam
Syurga, Thalhah dalam Syurga, al-Zubair dalam Syurga, ‘Abdul Rahman B ‘Auf
dalam Syurga, Sa’ad B. Abi Waqqash dalam Syurga, Sa’id B. Zaid dalam Syurga,
Abu ‘Ubaidah al-Jarah dalam Syurga.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 3747.
Dinilai sahih oleh al-Albani)
Sabda
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada Mu’awiyah radhiyallahu ‘anhu pula:
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ هَادِيًا مَهْدِيًّا
وَاهْدِ بِهِ
“Ya
Allah, jadikanlah dia (Mu’awiyah) sebagai orang yang membimbing kepada
kebenaran, diberi bimbingan ke arah kebenaran, dan jadikanlah dia sebagai
penyebab hidayah.” (Hadis Riwayat at-Tarmizi, no. 3842)
Kata
Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H), “Mu’awiyah termasuk kelompok raja
terbaik.” (Siyar A’lam an-Nubala’, 3/159)
Karya Bongkar Syi’ah
Untuk
melihat lebih banyak pendedahan tentang sikap keji Syi’ah rafidhah terhadap
para sahabat Nabi ini, para pembaca boleh merujuk antaranya hasil kajian milik
Syaikh Dr. Ihsan Ilahi Zhahir rahimahullah. Dr. Ihsan Ilahi Zhahir adalah di
antara tokoh ahli sunnah pada zaman kita ini yang begitu banyak mengkaji
tentang firqah-firqah sesat dari kelompok tarekat sufi tasawuf dan Syi’ah.
Beliau
terbunuh akibat cedera parah dalam satu siri serangan bom oleh sekumpulan
Syi’ah di Lahore Pakistan. Beliau meninggal dunia pada usia 42 tahun sebaik
sampai di Riyard untuk rawatan pada tahun 1407H (1987M) akibat serangan
tersebut.
Kitab-kitab
beliau berkaitan Syi’ah antaranya boleh ditemui dengan judul asy-Syi’ah wal
Qur’an, asy-Syi’ah was Sunnah, Baina asy-Syi’ah wa Ahlus Sunnah, dan asy-Syi’ah
wa Ahlul Bait. Manakala karya-karya lainnya juga teramat banyak dalam menjawab
fitnah-fitnah Syi’ah ini. Antaranya termasuk Minhajus Sunnah an-Nabawiyah karya
Ibnu Taimiyyah (Wafat: 728H), al-Bidayah wan-Nihayah karya Ibnu Katsir (Wafat:
774H), dan al-‘Awashim Minal Qowashim karya al-Qadhi Abu Bakr Ibnul ‘Arabi
(Wafat: 543H).
Di
samping itu, bukalah sama kitab-kitab para ulama yang menjelaskan biografi dan
sirah kehidupan para sahabat radhiyallahu ‘anhum yang sahih secara umum.
Dengan
itu semua, pasti kita akan mengerti dan jelas kenapa para ulama ahli sunnah
wal-jama’ah semenjak dahulu lagi begitu keras sikap mereka terhadap Syi’ah
rafidhah ini.
Namun
kita amat dukacita apabila ada di kalangan tokoh-tokoh aktivis pergerakan Islam
di negara kita hari ini tanpa rasa sangsi dan bersalah mengangkat tokoh-tokoh
Syi’ah seperti Hasan Nasrullah, Muqtadar as-Sadr, Rafsanjani, Khattami, dan
Khomeini sebagai idola. Ini termasuk sikap dayus lagi tidak bertanggungjawab.
Tidak sensitif terhadap prinsip-prinsip agama yang benar.
Islam
mengajak kita memuliakan para sahabat dan menjauhi tokoh-tokoh yang mencela
mereka, tetapi sebaliknya ada pula yang mengajak masyarakat memuliakan golongan
yang memusuhi para sahabat dan mendiamkan kejahatan Syi’ah rafidhah ini. Laa hawla wala quwwata illa
billah…
Hati-hati Dengan Mereka!
Antara
yang paling terkehadapan dalam memartabatkan nama Khomeini di Malaysia adalah
Mat Sabu, Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Beliau
dilaporkan oleh media Syi’ah di Malaysia sebagai berkata, “Pemikiran Imam
Khomeini adalah jalan terbaik menghadapi kuasa angkuh dunia.” (abna.co, Ahlul Bait
News Agency)
Dari
sini sahaja kita dapat melihat betapa beliau mengkagumi tokoh syi’ah tersebut
dengan memanggilnya sebagai “imam” sekaligus mengajak orang ramai mencotohi
beliau.
Mat
Sabu juga turut membawa dan mempopularkan ideologi revolusi (pemberontakan)
ajaran Khomeini yang pernah mengakibatkan ratusan nyawa terkorban di Iran
sekitar tahun 1970an. Selain itu, beliau juga mengakui terdapat ahli-ahli PAS
mengikuti kursus-kursus khas di Iran. Ini beliau nyatakan melalui satu
pembentangan kertas kerja di Germany. Kata Mat Sabu:
“Khomeini’s
movement under the banner of defending the oppressed (mustadhafin) and facing
the oppressors (mustakbirin) drew my attention as well as my friends in PAS
Youth in the early 1980s. The Islamic revolution in Iran was the focus of our
attention – we studied it, followed events in the Islamic republic and
increased our awareness of the movement brought about by the revolution.”
(Website beliau, mohamadsabu.com)
“The
influence of Imam Khomeini’s thoughts and the movement in Iran was also felt
amongst the youth in PAS. A small number of PAS Youth members became ardent
followers of Imam Khomeini’s message. A few of them attended courses held in
Iran in order to understand the uniqueness and success of the Islamic movement
there. These courses had nothing to do with weapons training as some may have
thought, but simply about learning about repeating the success of the Islamic
movement and how it could get so close to the people in Iran.” (Website beliau,
mohamadsabu.com)
Dalam
rujukan yang sama, beliau turut membela kebiadaban kaum Syi’ah yang telah
dijelaskan oleh para ulama di Timur Tengah dengan katanya:
“My
view is that this propaganda of the Shiite threat is merely created to save the
thrones of the rulers in the Arab countries.”
Ini
hanyalah sekelumit nukilan dan bukti sebagai peringatan. Selain apa yang
dikemukakan di sini, masih banyak lagi bukti-bukti lain yang menunjukkan
tokoh-tokoh di dalam PAS ini yang bersungguh-sungguh berbaik-baik dengan
tokoh-tokoh sesat Syi’ah rafidhah ini.
Bayangkanlah
sekiranya ibu bapa kita sendiri yang dicaci dan dimaki dengan tuduhan-tuduhan
dusta seperti telah kafir, munafiq, sesat, perempuan sundal, dan seumpama?
Penulis kira, bukan sekadar kemarahan yang memerahkan muka. Silap-silap parang
pun boleh dihunus keluar!
Syaikh
al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728) pernah mengatakan, “Sesiapa
yang selalu berprasangka baik terhadap ahli bid’ah dan mengaku belum mengetahui
keadaan mereka, kenalkanlah ahli bid’ah tersebut padanya. Maka sekiranya dia
telah mengenalnya tetapi tidak menampakkan penolakkan terhadap mereka,
gabungkanlah ia bersama-sama mereka dan anggaplah ia dari kalangan mereka
juga.” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 2/133)
Tahdzir dan Peringatan
Imam
Malik rahimahullah (Wafat: 179H) pernah ditanya tentang Syi’ah Rafidhah, maka
beliau pun berkata:
لا تكلمهم ولا ترو عنهم فإنهم يكذبون
“Janganlah
kamu bercakap dengan mereka dan jangan kamu meriwayatkan hadis daripada mereka
kerana mereka adalah pendusta.” (Ibnu Taimiyyah, Minhajus Sunnah, 1/26)
Imam
Fudhail B. ‘Iyadh rahimahullah (Wafat: 187H) berkata:
صَاحِبُ بِدْعَةٍ لَا تَأْمَنْهُ عَلَى
دِينِكَ، وَلَا تُشَاوِرْهُ فِي أَمْرِكَ، وَلَا تَجْلِسْ إِلَيْهِ، وَمَنْ جَلَسَ
إِلَى صَاحِبِ بِدْعَةٍ، أَوْرَثَهُ اللَّهُ الْعَمَى. يَعْنِي فِي قَلْبِهِ
“Jangan
kamu beri kepercayaan kepada ahli bid’ah dalam urusan agamamu, jangan kamu
bermesyuarat dengannya dalam urusanmu, dan jangan kamu duduk-duduk dengannya.
Sesiapa yang duduk dengan ahli bid’ah, Allah akan mewariskan baginya kebutaan.
Iaitu (kebutaan) di hatinya.” (al-Lalikaa’i, Syarah Ushul I’tiqad Ahlus Sunnah
wal-Jama’ah, 1/138, no. 264)
Akhir
kata penulis tinggalkan kata-kata imam asy-Syafi’i rahimahullah:
لا تخوضن في أصحاب رسول الله صلى الله عليه
وسلم، فإن خصمك النبي صلى الله عليه وسلم غدا
“Janganlah
engkau mencela para sahabat Rasulullah kerana yang menjadi musuhmu kelak adalah
Nabi sendiri.” (Siyar A’lam an-Nubala’, 10/28)
Wallahu
a’lam.